Ustaz Auni Mohamed – Siapa membina piramid? | Who built the pyramids?

Advertisements

Apakah penjamin harus menyelesaikan hutang seandainya peminjam tidak menjelaskan pinjaman?

Soalan : Berdasarkan cara berhutang dewasa kini, setiap pinjaman memerlukan penjamin. Apakah penjamin harus menyelesaikan hutang seandainya peminjam tidak menjelaskan pinjaman?

Jawapan : Sebagaimana yang kita maklumi, setiap hutang haruslah dijelaskan samada sedikit ataupun banyak. Menurut Islam, penjamin adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang yang dibuat oleh orang yang berhutang yang tidak mampu membayarnya. Ini berdasarkan kepada keterangan sebuah hadis :

Maksudnya :

“Pinjaman wajib dikembalikan dan peminjam wajib membayarnya”

Maksudnya, tanggungjawab utama bagi membayar hutang ialah orang yang berhutang itu sendiri, bukan penjamin. Seandainya orang yang berhutang itu benar-benar tidak mampu membayarnya setelah mencuba dengan pelbagai cara, maka di waktu itu barulah menjadi tanggungjawab penjamin untuk hutang tersebut. Maka jadilah jumlah yang dibayarnya itu sebagai hutang ke atas peminjam yang wajib dibayar.

Wujudkah ilmu menarik duit?

Soalan : Saya ingin bertanya dalam ilmu islam adakah wujud ilmu menarik duit dan apakah hukumnya?

Jawapan: Segala ilmu yang ada di muka bumi ini adalah milik ALLAH SWT termasuklah ilmu sihir, kebal dan ilmu tarik duit. Ilmu2 seperti ini dan banyak lagi ilmu yg pelik2 menjadi tidak mustahil kerana bantuan makhluk lain selain daripada manusia.

Wujudnya ilmu2 sebegini adalah merupakan ujian daripada ALLAH SWT kepada hambanya. Kerana jalan menuju ke bahagiaan di akhirat bukannya mudah dan ilmu2 inilah yang menjadi ujiannya.

Oleh itu umat Islam perlu menjauhi amalan2 sebegini yang boleh merosakkan aqidah, tambahan jika amalan ini memerlukan kepada zikir khas yang tidak difahami, disertai amalan2 pemujaan maka perbuatan tersebut adalah haram.

Jika maksud menarik duit itu merujuk kepada amalan berdoa yang difahami dari doa2 yg diamalkan oleh Rasulullah SAW dan disertai pula dengan usaha yang berterusan maka perbuatan ini diharuskan selagimana usaha2 itu tidak mengambil jalan pintas dengan menggunakan kaedah2 yang menyalahi syara’.

Wallahu Ta’ala A’lam

http://www.muftiselangor.gov.my/akidah#faqnoanchor

Koleksi Hadith Kebenaran itu adalah Ketenangan

Daripada Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib RA katanya : Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW : “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu kerana kebenaran/kejujuran itu ketenangan dan sifat dusta itu mendatangkan keraguan.(Hadith Sahih riwayat At-Tirmizi, No.Hadith : 2518)

 

Matan hadith :

عَنْ أَبِي محمد الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّبن أبي طالب رضي الله عنهما قَالَ :حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  :دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ

]جامع الترمذي ,كِتَاب صِفَةِ الْقِيَامَةِ وَالرَّقَائِقِ وَالْوَرَعِ , بَاب60  ,حديث رقم 2518[

Pengajaran Hadith :
  1. Maksud perkataan الريبة adalah meninggalkan apa yang mendatangkan syak (keraguan) dalam hati pada sesuatu perkara dan berpegang kepada sesuatu yang tidak mendatangkan syak (keraguan) pada perkara tersebut.
  2. Galakan untuk bersifat benar kerana itu adalah sumber kepada kebaikan dan peringatan untuk menjauhi sifat dusta kerana itu adalah punca bagi setiap keburukan.
  3. Hendaklah seseorang itu menjauhi perkara yang mendatangkan syubhah (keraguan) kepadanya dan berpegang kepada perkara yang jelas lagi nyata kerana sesiapa yang menjauhi perkara syubhah maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Sebaliknya sesiapa yang terjatuh dalam perkara syubhah, maka dia telah jatuh dalam perkara yang haram.
Sumber rujukan :

1. Kitab Jami’ At-Tirmizi

2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyadus Salihin

Koleksi Hadith Takutilah Allah SWT di mana sahaja Kamu Berada

Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik.” Hadith semakna juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah.  Abu Isa berkata; Ini adalah hadith hasan sahih.
(Hadith riwayat at-Tirmizi, No.Hadith : 1987)

 

Matan hadith :

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

] جامع الترمذي ,كتاب البر والصلة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم, باب ما جاء في معاشرة الناس,رقم الحديث 1987[

Pengajaran Hadith :
 
  1. Taqwa kepada Allah SWT merupakan kewajipan setiap Muslim dan menjadi benteng daripada melakukan  kejahatan dan maksiat.
  2. Bersegeralah melakukan kebaikan setelah menyedari atau melakukan kejahatan dan maksiat.
  3. Para ulama’ bersepakat bahawa kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil sahaja. Adapun dosa besar seperti derhaka kepada ibu bapa, membunuh, memakan riba, meminum arak dan selainnya tidak akan terhapus kecuali dengan bertaubat.
  4. Setiap Muslim hendaklah bersungguh-sungguh untuk menjauhi amalan kejahatan dan memperbanyakkan amalan kebaikan serta menghias diri dengan akhlak mulia.
Sumber :

1. Kitab Jami’ At-Tirmizi

2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin

http://www.islam.gov.my/e-hadith/1220-takutilah-allah-swt-di-mana-sahaja-kamu-berada